PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Melalui penggunaan ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.
Dengan menggunakan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat serta dapat berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya. Ia juga dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak.
KEPENTINGAN
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Dengan penggunaan ICT ia dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan penggunaan ICT juga, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan dengan gabungan elemen multimedia yang menggunakan powerpoint, flash dan sebagainya. dengan penggunaan ini mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjad lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan serta menrik perhatian kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan.memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar juga memudahkan guru kerana ianya dapat digunakan berulang kali.
No comments:
Post a Comment