PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Melalui penggunaan ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.
Dengan menggunakan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat serta dapat berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya. Ia juga dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak.
KEPENTINGAN
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Dengan penggunaan ICT ia dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan penggunaan ICT juga, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan dengan gabungan elemen multimedia yang menggunakan powerpoint, flash dan sebagainya. dengan penggunaan ini mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjad lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan serta menrik perhatian kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan.memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar juga memudahkan guru kerana ianya dapat digunakan berulang kali.
Kindergarten Teachers
Saturday, April 1, 2017
AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi memantapkan lagi motor halus kanak-kanak ialah dengan melakukan aktiviti capan. aktiviti ini boleh menggunakan bahan semulajadi.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
RANCANGAN
PERANCANGAN HARIAN(TADIKA)
Kelas :
Pra cinta
Tarikh : 9 Januari 2016
Masa : 8.00-8.40pagi(40minit)
Bil. Murid : 23orang
Umur : 5-6tahun
Modul :Bertema
Tajuk/tema : Bahan dalam bilik tidur
Subtema : Peralatan bilik tidur
Tunjang utama :
Komunikasi
Kesepaduan tunjang : Sains dan Teknologi
Standard kandungan : (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra
Standard pembelajaran : (BM 2.1.1) Berbual dengan sebutan
perkatan yang betul
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak
dapat:
1. Mengenalpasti
peralatan yang digunakan didalam bilik tidur
2. Menjana
idea dan berfikir dalam menyusun perkataan dengan betul
3. Merangsang
pertuturan melalui soal jawab
4. Membina
rasa ingin tahu kanak-kanak dan berasa seronok dalam pembelajaran
Pengetahuan
sedia ada : Kanak-kanak telah mengenai
beberapa jenis peralatan
bilik
iaitu, katil, bantal dan kipas
Kemahiran
berfikir : Menyelesaikan masalah. Contohnya, barang
tersembunyi
dan susun perkataan
Penerapan nilai :
Gembira dan berkerjasama
ABM/BBM : Laptop, LCD, kad imbasan
Kosa kata : Katil, bantal
dan kipa
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI KANAK-KANAK
|
ABM
|
Set
induksi
(5minit)
|
Memperkenalkan
beberapa peralatan bilik tidur iaitu, almari, meja tulis, bantal, katil dan
kipas.
|
1)
Guru meminta kanak-kanak untuk duduk
di dalam kumpulan dengan tertib
2)
Guru menunjukkan kepada kanak-kanak
kotak
3)
Guru meminta kanak-kanak untuk meneka
apa yang ada dalam kotak tersebut
4)
Guru memilih 5 orang kanak-kanak ke
depan dan meminta mereka untuk masukkan tangan di dalam kotak sambil menutup
mata
5)
Guru meminta kanak-kanak menunjukkan
pada kanak-kanak yang lain mengenai kad bergambar yang dipegangnya
6)
Guru meminta murid balik ke tempat
duduk masing-masing
|
1)
Kanak-kanak diminta untuk duduk di
dalam kumpulan dengan tertib
2)
Kanak-kanak tertanta-tanya apa yang
ada di dalam kotak
3)
Kanak-kanak diminta untuk meneka apa
yang ada dalam kotak
4)
5orang kanak-kanak dip[ilih dan
diminta untuk ke depan dan memasukkan tangan di dalam kotak dengan menutup
mata
5)
Kanak-kanak menunjukkan kad bergambar
yang dipegangnya mengenai gambar itu
6)
Kanak-kanakbalik ke tempat duduk
masing-masing
|
Kad
bergambar, almari, meja tulis, bantal,
katil dan kipas.
|
Langkah
1
(10minit)
|
Pembelajaran
menggunakan CD
|
1)
Guru menayangkan “slide show” “bilik
saya”
2)
Guru memperkenalkan beberapa peralatan
didalam bilik kepada kanak-kanak iaitu, almari, meja tulis, bantal, katil,
kipas
3)
Guru meminta kanak-kanak untuk mengeja
perkataan yang tertera di dalam screen yang ditayangkan
|
1) Kanak-kanak
melihat “slide show” “bilik saya”
2) Kanak-kanak
diperkenalkan beberapa peralatan didalam bilik iaitu, almari, meja tulis,
bantal, katil, kipas
3) Kanak-kanak
diminta untuk mengeja perkataan yang tertera di dalam screen yang ditayangkan
|
LCD,
Laptop
|
Langkah
2
(10minit)
|
mewarnakan
gambar yang tersembunyi
|
1) Guru
membahagikan kumpulan kepada kanak-kanak
2) Guru
menerangkan fungsi-fungsi peralatan di dalam bilik tidur
3) Guru
mengedarkan kertas gambar yang tersembunyi kepada kanak-kanak
4) Guru
menyuruhkan kanak-kanak mencari objek yang tersembunyi dan mewarnakannya
|
1)
Kanak-kanak dibahagikan kumpulan
2)
Kanak-kanak mendengar dengan penuh
perhatian
3)
Kanak-kank melihat kertas gambar yang
tesembunyi yang di tunjukkan oleh guru
4)
Kanak-kanak mencari objek yang tersembunyi
dan mewarnakannya
|
pensil
warna, kertas gambar yang tersembunyi
|
Penutup
(5minit)
|
Sesi
imbas pengajaran dan pembelajaran
|
1)
Guru mengimbas kembali sesi
pembelajaran
2)
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak
dan menanyakan kanak-kanak faham atau tidak dengan pembelajaran
|
1)
Kanak-kanak mendengar dengan penuh
perhatian dan memberi tindak balas dengan menjawab apa yang ditanya guru
2)
Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru
|
REFLEKSI :
Subscribe to:
Posts (Atom)